Monday, October 22, 2012

Dinar Sekiranya Disalah Guna Boleh Menjurus Ummah Kepada Riba!

Umum mengetahui  bahawa  kekuatan ekonomi umat Islam terletak di dalam sistem kewangan Dinar dan Dirham. Memang tidak dinafikan bahawa Dinar diakui mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi kestabilan dan nilai intrinsiknya.  Akan tetapi, pelbagai kajian masih perlu dijalankan sekiranya Dinar ingin dijadikan  sebagai matawang bagi memastikan kaedah perlaksanaannya tidak dihimpit ke arah kegagalan akibat tekanan dari pihak Bank  Dunia dan IMF sekaligus .

Sejarah telah membuktikan perancangan para kapitalis telah berjaya semenjak Revolusi Perancis diakhiri dengan jatuhnya Empayar Kerajaan Islam Uthman. Kami berpendapat bahawa selagi sistem kapitalis ini masih wujud dan diguna pakai, ianya akan terus mencengkam dan mengheret seluruh umat manusia ke arah sistem riba dan segala usaha untuk memperkenalkan sistem kewangan Islam yang telus dan adil  akan menemui jalan buntu. Ini jelas dapat dilihat  sehinggakan tanpa kita sedari pada hari ini, walaupun ramai masyarakat yang berusaha ke arah mempraktikkan penggunaan Dinar dan Dirham , malangnya,  kita masih lagi  tetap bergelumang dengan najis riba walaupun di dalam penggunaan Dinar dan Dirham.

Perubahan harga Dinar dari masa ke semasa adalah disebabkan harga emas turun naik. Selagi adanya unsur ’spread’ atau julat beza di dalam harga pembelian dan penjualan Dinar, maka ianya akan terdedah kepada unsur riba. Memang benar, menggunakan Dinar dan Dirham dalam transaksi  jual beli adalah sah dan menepati syarat serah terima pada satu masa dan sama timbangannya (Yadan bi Yadin mithlan bi mihtlin), tetapi hakikatnya tindakan memanipulasi Dinar Dirham dari sudut membuat keuntungan itu sendiri telah tersasar dari kehendak Maqasid Al-Shariah.  Hakikat inilah yang telah cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad didalam ucaptama yang sama dimana secara rumusannya beliau mengatakan ....

“Backing currency with gold does not make it Islamic, it became Islamic only if transaction in the currency did not involve interest or riba”.





No comments:

Post a Comment