Tuesday, December 28, 2010

Minda: Perbankan Islam mencipta kemakmuran

MENJELANG 2011, pasaran kewangan Islam berkembang begitu komprehensif pada kadar purata 20 peratus setahun sejak 2001 dari segi aset berbanding 6.9 peratus sedekad lalu dan menjadikan prasarana kewangan Islam segmen terpantas berkembang dalam industri kewangan.
Industri perkhidmatan kewangan Islam global kini bernilai lebih AS$1 trilion (RM3.17 trilion) dengan unjuran pertumbuhan selanjutnya mencecah AS$2 trilion dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, suatu yang sangat membanggakan khususnya Malaysia sebagai pemain utama industri ini. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang juga Tokoh Maal Hijrah 1432, Malaysia berpengalaman dan konsisten membangunkan sistem kewangan Islam yang kompetitif beroperasi selaras dengan sistem serta standard kewangan konvensional dan sistem perbankan Islam di Malaysia ketika ini menyumbang 20 peratus kepada keseluruhan sistem perbankan negara, suatu pencapaian membanggakan dalam sejarah perbankan negara.

Pembangunan kewangan Islam seperti sistem perbankan, takaful dan pasaran modal juga menjadi semakin penting dalam dunia ekonomi global hari ini merupakan komponen utama dalam sistem kewangan antarabangsa khususnya sebagai perantara alternatif mengalirkan dana merentas sempadan di pasaran global.
Manakala pasaran sukuk terus menjadi segmen paling pesat berkembang dalam sistem kewangan Islam serta menjadi platform penting dengan hubungan antara ekonomi dan kewangan antarabangsa. Malaysia kekal sebagai pasaran sukuk terbesar dunia, menyumbang lebih daripada 60 peratus terbitan sukuk dunia. Instrumen sukuk semakin pesat membangun sebagai kelas aset baru pilihan dan opsyen untuk menambah modal untuk penerbit di mana pasaran sukuk global yang berkembang pada kadar purata tahunan sekitar 40 peratus, menunjukkan keupayaan untuk memudahkan penyaluran dana merentas sempadan dengan berkesan dan membolehkan lebihan dana dari satu tempat di dunia untuk mewujudkan peluang pelaburan di tempat lain.

Susulan inisiatif liberalisasi perbankan negara yang sistematik menunjukkan terdapat kehadiran lebih banyak institusi kewangan asing di negara ini yang turut mengambil bahagian dalam sistem kewangan negara. Sistem kewangan Islam di Malaysia mendapat sokongan padu rejim kawal selia dan pemantauan, perundangan dan kerangka syariah serta sistem pembayaran dan penyelesaian yang turut penting dalam menyokong daya mapan. Pengantarabangsaan kewangan Islam dipermudahkan oleh pembangunan infrastruktur kewangan Islam antarabangsa yang menggalakkan institusi kewangan Islam meneroka melepasi sempadan domestik di mana kini terdapat lebih 600 institusi kewangan Islam yang beroperasi di lebih 75 negara.

Liberalisasi pasaran kewangan Islam menyumbang kepada peningkatan penyertaan asing untuk mengumpul dana dalam pasaran berkenaan.
Sehubungan itu, menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam konteks yang lebih praktikal di mana pelaksanaan kewangan dan perbankan Islam perlu dilihat oleh negara-negara Islam di seluruh dunia sebagai peluang membangunkan negara masing-masing setanding dengan negara maju lain. Semua negara Islam yang masih mundur tidak perlu lagi memberi alasan untuk tidak berkembang dan mundur kerana mereka kini boleh meminjam daripada bank-bank Islam untuk membangunkan negara mereka dan melaksanakan proses transformasi ekonomi di negara masing-masing. Perkara ini ditegaskan dalam ucaptamanya di Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Langkawi Kedua (LIFE2) 2010, baru-baru ini yang dihadiri lebih 200 ilmuan dan profesional Islam dalam kewangan dan ekonomi anjuran Kolej Universiti Insaniah (KUIN), kerajaan negeri Kedah dan IRTI, yang merupakan unit di bawah Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.

Sebelum ini, memang tidak dapat dinafikan sebahagian besar negara Islam yang miskin tidak mahu meminjam daripada bank-bank konvensional kerana tidak mahu terlibat dengan masalah riba, birokrasi dan sebagainya, namun dengan kemunculan sistem kewangan dan perbankan Islam memudahkan urusan pembiayaan negara-negara Islam lain dalam usaha memaju negara mereka. Secara tidak langsung akses pembiayaan melibatkan pinjaman dari negara-negara Islam sendiri akan merancakkan lagi pembangunan infrastruktur sistem kewangan Islam kerana mendapat sokongan serta kepercayaan dari negara-negara Islam sendiri di samping sambutan hebat daripada negara-negara maju bukan Islam lain terhadap sistem kewangan Islam seperti yang sedang berlaku di Barat. Namun begitu, suatu yang sangat menyedihkan dan malang sekali apabila sehingga hari ini masih terdapat beberapa negara Islam yang masih tidak mempunyai sistem kewangan dan perbankan Islam mereka sendiri serta masih terus bergantung kepada sistem konvensional.

Secara umumnya, akses kepada sistem kewangan dan perbankan Islam amat penting kerana apabila kerajaan ingin memajukan negara menerusi prasarana pembangunan negara, pembiayaan sangat penting dan negara boleh melaksanakan lebih banyak aktiviti pembangunan dan rakyat akan mempunyai pendapatan lebih baik dan secara tidak langsung ekonomi akan bertambah baik. Malah, langkah kerajaan membelanjakan wang melalui pembiayaan pembangunan negara secara tidak langsung akan memberi faedah kepada kerajaan dan rakyat. Sebagai perbandingan, negara Eropah menjadi maju apabila mereka beralih daripada menjadi pemberi pinjaman wang kepada membangunkan sistem perbankan sebagai cara untuk mencipta kekayaan di negara mereka. Sehubungan itu, pakar-pakar dalam sistem perbankan Islam perlulah menghasilkan lebih banyak produk kewangan Islam untuk bersaing dengan produk konvensional dan menjadikannya popular di kalangan bukan Islam.

Atas landasan kukuh ketika ini, adalah diharapkan sektor perbankan Islam negara ini berpeluang memperoleh potensi pembiayaan kewangan bernilai RM4.08 trilion hasil perkembangan pesat ekonomi domestik melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) di mana sektor perbankan Islam perlu merebut peluang ini kerana lebih 90 peratus projek pembangunan negara akan dilaksanakan oleh pihak swasta dan jika peluang-peluang ini diambil sepenuhnya, ia bakal memberi faedah yang besar kepada pertumbuhan sektor kewangan Islam di negara kita. Ini adalah kerana perkembangan pesat ekonomi negara mampu memberi kesan positif kepada sektor perbankan di Malaysia secara langsung. Selain potensi pembiayaan, sektor perbankan Islam juga berpeluang meningkatkan pendapatan masing-masing melalui perkhidmatan kewangan yang merupakan salah satu bidang ekonomi utama negara di samping pasaran bon, insurans, pencen peribadi, pengurusan aset serta produk kewangan konvensional lain.




Sunday, December 26, 2010

THE ANTI-SEMITIC


THE ANTI-SEMITIC

By Dr. Mahathir Mohamad on December 24, 2010 1:45 PM 


1. The Simon Weisenthal Centre (Jewish) has published a list of people who are classified as anti-Semitic in 2010.

2. This classification is based on the "slurs" uttered by these people against the Jews or Israel in that year.

3. I am listed among the top 10. I suppose what I had said in 2010 are regarded by the Jewish Centre as slurs but I was merely exercising my right to free speech to speak up against what I considered as injustice.

4. I condemned Israel for breaking international laws, carrying out an illegal siege of Gaza, attacking and seizing the Mavi Marmara and the Rachel Corrie in international waters, killing nine Turkish aid workers, and continuing to deprive the suffering people of Gaza of medical supplies, construction material and food.

5. Israel together with the US are the only countries to use depleted uranium in their bombs and shells which have resulted in all kinds of radiation diseases, among the Palestinians, especially the new-born babies.

6. If for any or all these I am considered to be anti-Semitic then so be it. But Jews clearly cannot be condemned for anything because 60 years ago the Nazis of Germany committed atrocities against them.

7. Apparently their sufferings of 60 years ago entitle them to inflicting sufferings on the Palestinians whose land they had stolen. No matter how cruel or unjust they may be no one may criticise them.

8. It is not being Semitic that is wrong. What is wrong and what draws condemnation is the arrogance, the lack of respect for the lives and rights of others, the blatant seizure of other people's land, the arbitrary imprisonment of people, the misinformation spread by the media they control etc - which are the subject of condemnation. Whoever commits them must be condemned. And it is obvious that it is the Israelis who commit them most. Israeli oppression and injustice towards the Palestinians cannot be disputed even by those who back Israel.

9. Yes, there were acts by those deprived of their land by the Zionists, which are no less wrong and worthy of condemnation.

10. But these people have no other means to fight back against the military weapons of their attackers. If they have the tanks, the war planes, the missiles etc they would fight "legitimate" wars. But they don't and there is a sanction on weapons being supplied to them. They have therefore to resort to whatever means they have to retaliate.

11. Admittedly the victims of their attacks include innocent civilians. But when bombs are dropped or missiles fired from afar the victims are also mostly innocent civilians, the old, the sick, the women and the children.

12. Are unexpected deaths and woundings by suicide bombers any different from the deaths and woundings by bombs, missiles, guns, tanks and bull-dozers used by the militarily well-equipped and powerful? I don't think they are.

13. Are the people waiting to be killed by bombs and missiles free from feelings of fear and terror at the prospect of sudden violent deaths and having their bodies painfully torn apart, as are those killed by suicide bombers or primitive rockets.

14. There is no difference in terms of violence between the acts of a suicide bomber and the killings by bombs dropped from the sky or missiles fired from a distance. Both cause fear and terror. Both acts are therefore acts of terror. Both qualify to be called terrorists. State terrorists are no different from irregular terrorists.

15. Historically the Jews may have lived in the land that is Palestine. But historically the original people of America were the misnamed Red Indians, as were the Aborigines and Maoris of Australia and New Zealand. If all lands must be returned to the first people to live there, then return the United States, Latin America, Australia and New Zealand to the indigenous natives. But you won't would you?

16. I am not anti-Semitic bcause I am not against the Arabs and other Semitic people, or for that matter those Jews who reject Zionism.

17. I am simply against injustice, against oppression and unmitigated and illegal violence.

18. If that makes me anti-Semitic then I am proud to be anti-Semitic, even though the term anti-Semitic is wrong. 


Thursday, December 23, 2010

Air Mata Palestin



 
Pergolakan Palestin kian parah. Penubuhan Negara haram Israel laknatullah dibina atas dasar dendam golongan kuffar dan pengkhianatan oleh segelintir pemimpin arab. Sehingga ke hari ini saudara islam di palestin hidup dalam kesengsaraan, golongan kuffar Israel bermegah-megah dengan Negara haram mereka.
Setiap hari di palestin ramai para syuhada telah gugur syahid. Setiap hari tidak kurang sebuah rumah dirobohkan menyembah bumi.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka,

Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
Pecah-belahkanlah dan kacau-bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang Maha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka,

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Dan menangkan kami ke atas mereka

Friday, December 17, 2010

Dr. Mahathir Mohamad- Jews control World Economy


This time Malaysian Prime Minister exposes their control of money supply and using countries like America as their proxy..

Dr. Mahathir Mohamad - "Jews rule the world by proxy"


Dr. Mahathir's speech at the OIC Conference held on 16th October, 2003 in Putrajaya, Malaysia.  "We are actually very strong. 1.3 billion people cannot be simply wiped out. The Europeans killed 6 million Jews out of 12 million. But today the Jews rule this world by proxy. They get others to fight and die for them."

Melayu Jangan mudah lupa lagi !!! - Tun Dr. Mahathir Mohamad

Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr Nazrin Shah-Tekad Pertahan Institusi Beraja Daripada Dipersenda


Thursday, December 16, 2010

Dinar emas lebih baik - Tun Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR, 15 Disember 2010: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding dolar Amerika.

“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.
“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.

“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE) di Kuala Lumpur, kelmarin.


Kewangan Islam bangunkan negara - Tun Dr. Mahathir Mohamad

 LANGKAWI 15 Dis. - Pelaksanaan kewangan dan perbankan Islam perlu dilihat oleh negara-negara Islam sebagai peluang bagi mereka untuk membangunkan negara mereka masing- masing, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, negara-negara Islam tidak mempunyai alasan untuk tidak berkembang kerana mereka boleh meminjam daripada bank Islam untuk membangunkan negara mereka dan menjadi makmur.
"Kita sekarang mempunyai produk yang dihasilkan oleh sistem perbankan Islam. Sebelum ini mereka tidak mahu meminjam daripada bank konvensional. Ini adalah produk yang berlandaskan syariah," kata beliau dalam ucaptamanya di Persidangan Ekonomi dan Kewangan Islam Langkawi Kedua (2LIFE) yang berakhir di sini, hari ini.
Dr. Mahathir berkata, dana-dana ada tersedia dan dengan akses, perniagaan di negara-negara Islam dan di kalangan orang Islam sepatutnya berterusan.
"Kita boleh mempunyai syarikat- syarikat konglomerat yang hebat," katanya.
Lebih besar syarikat, lebih banyak cukai boleh dibayar kepada kerajaan dan kerajaan akan menghulur balik kepada rakyat, kata beliau.
"Apabila kerajaan membangunkan negara seperti menerusi prasarana, wang sebahagian besarnya balik semula kepada kerajaan. Menerusi prasarana, kita boleh mendapat lebih banyak aktiviti pembangunan dan rakyat akan mempunyai pendapatan lebih baik dan syarikat akan bertambah baik. Langkah kerajaan membelanjakan wang akan memberi faedah kepada kerajaan juga," kata beliau.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir berkata, orang Islam perlu juga memahami perbankan Islam dan mengetahui bagaimana untuk menguruskan dana agar mereka boleh mendapat keuntungan dan dana-dana ini sentiasa ada bagi pinjaman.
Bekas Perdana Menteri itu juga menasihatkan agar tidak cenderung kepada pelaburan dalam dana lindung nilai.
"Jangan berurusan dalam kekayaan khayalan," kata beliau.
Beliau berkata, sekiranya perbankan dan kewangan Islam digunakan sepenuhnya, negara-negara Islam juga boleh satu hari nanti menjadi sebuah negara maju.
Dr. Mahathir berkata, negara-negara Eropah menjadi maju apabila mereka beralih daripada menjadi pemberi pinjaman wang kepada membangunkan sistem perbankan sebagai cara untuk mencipta kekayaan.
"Sekarang anda ada bank-bank (Islam) yang boleh digunakan sebagai sumber dana. Kita perlu tahu bagaimana untuk menggunakan dana untuk memberi faedah kepada orang Islam," katanya.
Beliau berkata, pakar-pakar dalam sistem perbankan Islam telah menghasilkan banyak produk untuk bersaing dengan produk konvensional dan ia juga menjadi popular di kalangan bukan Islam.
Dr. Mahathir juga hari ini dianugerahkan Penaung Tetap LIFE dan menerima Anugerah Insaniah-IRTI (Institut Latihan dan Penyelidikan Islam) LIFE 2010 pertama.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Persidangan tiga hari itu dihadiri lebih 200 ilmuan dan profesional Islam dalam kewangan dan ekonomi. Ia dianjurkan oleh Kolej Universiti Insaniah, Kerajaan Negeri Kedah dan IRTI, yang merupakan unit di bawah Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.

Sunday, December 12, 2010

KENYATAAN AKHBAR OLEH DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA MELAYU DAN TUAN-TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI SELEPAS MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA YANG KE-222


KENYATAAN AKHBAR OLEH DULI YANG MAHA MULIA
RAJA-RAJA MELAYU DAN TUAN-TUAN YANG TERUTAMA
YANG DI-PERTUA-YANG DI-PERTUA NEGERI
SELEPAS MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA YANG KE-222
 PADA 14 OKTOBER 2010
DI ISTANA NEGARA, KUALA LUMPUR

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-222 yang berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 13 dan 14hb Oktober 2010 memandang berat mengenai trend politik semasa yang dilihat sedang meniup angin perkauman dan mencabar Kedaulatan Perlembagaan Negara.
2.               Majlis Raja-Raja juga memandang serius terhadap kewujudan jumlah jenayah yang boleh diketegorikan sebagai jenayah berat, yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman dan imej Negara.
3.               Mesyuarat Majlis Raja-Raja mengambil maklum akan perkembangan semasa serta kebimbangan yang disuarakan oleh individu-individu dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berhubung dengan perkara-perkara yang menyentuh agama Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu dan bahasa Melayu.
4.               Raja-Raja Melayu bersama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri memahami serta menghargai usaha-usaha Kerajaan Persekutuan untuk menyatupadukan rakyat berlandaskan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

5.               Raja-Raja Melayu menyeru rakyat Negara ini untuk memahami dan menghayati sejarah pembentukan Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang diasaskan kepada kontrak sosial, iaitu semangat permaufakatan dan persefahaman antara kaum dan persetujuan Raja-Raja Melayu.
6.               Raja-Raja Melayu berpegang bahawa kontrak sosial yang telah dipersetujui ini merupakan watikah yang menjadi asas kepada keadilan sosial di Negara ini yang merangkumi cita-cita bagi mencapai hasrat pembahagian ekonomi secara adil.  Sikap tolak ansur antara kaum menunjukkan kematangan rakyat pelbagai kaum di Negara ini.
7.               Raja-Raja Melayu menyeru setiap rakyat, tanpa mengira kaum dan agama, supaya terus bersatu serta bersifat setia kepada Negara demi memelihara kedaulatan dan kemakmuran Negara.  Setiap rakyat mempunyai peranan dalam pembangunan Negara.  Raja-Raja Melayu berharap setiap rakyat akan terus menghormati dan akur kepada Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang yang ada dan mengelakkan tindak tanduk yang membawa pertelingkahan, perselisihan faham dan syak wasangka antara kaum yang menjejaskan kemakmuran dan kehormonian Negara.  Demi kedaulatan dan kehormonian Negara yang kita kasihi ini, Raja-Raja Melayu berharap rakyat tidak akan memberi peluang untuk penglibatan dan campur tangan pihak luar dalam urusan Negara.
8.               Raja-Raja Melayu turut menyeru orang Melayu supaya bersatu padu dan tidak bertelingkahan sesama sendiri berlandaskan semangat persaudaraan Islam, agar kedudukan orang Melayu tidak terpinggir dan terhakis dalam arus pembangunan Negara.  Pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu wajib mencari persamaan, bermaufakat menggunakan hikmah dan kebijaksanaan, melindungi dan membela nasib orang Melayu.  Raja-Raja Melayu menegaskan bahawa keutuhan bangsa Melayu serta nasib orang Melayu tidak akan terpelihara jika pemimpin-pemimpin pertubuhan Melayu lebih cenderung untuk bertelagah dan memilih untuk berselisih faham.
9.               Raja-Raja Melayu berdoa agar Negara Malaysia yang dikasihi ini sentiasa berada dalam keadaan aman damai dan rakyatnya yang berbilang kaum terus bersatu serta kekal makmur dan sejahtera.  Semoga Negara Malaysia terus mendapat perlindungan dan rahmat daripada Allah Subhanahu Wata’ala.


Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia,
Majlis Raja-Raja,
KUALA LUMPUR 
Tarikh: 29 Oktober 2010