Sunday, November 4, 2012

Real Economy In Islam



Sebagai umat Islam kita hendaklah sentiasa berusaha mencari rezeki bagi memenuhi tuntutan dan keperluan kehidupan samada untuk diri sendiri mahupun orang yang di bawah tanggungan kita. Sumber rezeki yang dikurniakan Allah Subahanahu Wata'ala adalah berbagai bentuk, hanya kita sahaja yang perlu berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkannya. Di antara sumber rezeki yang boleh diusahakan ialah seperti bidang pertanian, penternakan dan perikanan.

Dalam Al-Quran ada menceritakan bagaimana Nabi Yusuf Alaihi Salam menyelesaikan masalah ekonomi di Mesir yang ada hubungkaitannya dengan pertanian sebagaimana firman Allah Subahanahu Wata'ala dalam surah Yusuf ayat 46-47 tafsirnya:

"Mereka pun mengutusnya berjumpa dengan orang yang arif itu iaitu Nabi Yusuf Alaihi Salam lalu berkata: Wahai Yusuf! Terangkanlah kepada kami takbir mimpi mengenai tujuh ekor lembu betina yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu kurus, dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan dilingkari oleh tujuh tangkai lain yang kering supaya aku kembali kepada orang-orang (raja dan pembesar-pembesarnya yang mengutusku) itu, semoga mereka akan dapat mengetahui takbirnya. Nabi Yusuf berkata: Hendaklah kamu bercucuk tanam supaya biasa selama tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah ia pada tinggi-tingginya supaya ia tidak cepat rosak kecuali sedikit untuk kamu makan"

Menurut sejarah Islam, setelah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasalam tiba di Madinah, baginda telah mengalakkan usaha pertanian itu agar ditingkatkan. Bumi Madinah ketika itu sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Mahajirin yang berhijrah bersama baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian. Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda dalam sebuah hadith maksudnya:

"Dari Sulaiman bin Yasar, bahawa Rapiq bin Khadij berkata: Rasulullah Salallahu Alaihi Wasalam bersabda: Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau jika dia tidak berupaya melakukannya hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya sekalipun hanya se per tiga dan se per empat" (Riwayat Al-Imam Abu Daud)

Pada awalnya tujuan utama pertanian dan perikanan adalah untuk memenuhi keperluan asasi manusia iaitu makanan dan minuman. Walaubagaimanapun dengan perkembangan sains dan teknologi yang berasaskan kepada kajian dan penyelidikan, tujuan tersebut telah berubah kepada bidang penternakan. Apa yang nyata sekarang ialah pertanian dan perikanan adalah satu bidang perniagaan yang memberi peluang yang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk makanan halal yang membuka peluang pekerjaan dan keuntungan kepada pelabur dan pengusaha.

Islam telah meletakkan bidang pertanian dan perikanan sebagai fardhu kifayah kerana kedua-dua bidang tersebut berperanan penting dan besar kepada kehidupan manusia. Dengan melaksanakan tuntutan fardhu kifayah ini juga telah dapat memberi sumbangan yang besar kepada negara khususnya kepada peningkatan ekonomi.


No comments:

Post a Comment