Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menyatakan keazaman baginda untuk terus menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagongkan Allah S.W.T, sebagaimana titah baginda yang antara lain:
“Brunei adalah negara yang selalu bersama-sama dengan Ar-Rahman (Yang Maha Mengasihi), yang sentiasa berhias dengan zikir dan menjadikannya sebagai rutin kebiasaan. Kerana itu Allah pun dengan rahmatNya memalingkan kita dari sebarang kesusahan dan bencana dari pelbagai anasir yang boleh merosakkan keamanan.
Beta, Insya Allah akan terus berazam untuk menjadikan Brunei sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagongkan Allah,supaya kita selalu berada dalam perhatian dan pemeliharaanNya, sesuai dengan janjiNya dalam surah Al-Baqarah ayat 152, tafsirnya: Kamu ingatlah Aku, nescaya Aku mengingati kamupula”.
"Negara Zikir ialah negara Melayu Islam Beraja
Pendidikannya pendidikan zikir
Sistemnya sistem zikir
Ekonominya ekonomi zikir
Adat istiadatnya adat istiadat zikir
Undang-undangnya undang-undang zikir
Pertahanannya pertahanan zikir
Bumi langitnya bumi langit zikir
Semua zikir”
Ringkasnya, “Negara Zikir” adalah sebuah negara Islam yang pemimpin dan rakyatnya sentiasa ingat Allah dalam melaksanakan semua hal kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah.

No comments:
Post a Comment