Wednesday, July 13, 2011

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik



Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara yang  bersemayam di atas takhta Kerajaan Negara Brunei Darussalam, dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliannya.


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku,

Dengan hormat dan takzimnya, patik memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pada tarikh 15hb Julai 2011 bersamaan 13 Syaaban 1432H, berkesempatan sekali lagi rakyat negara Brunei Darussalam menyambut Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku yang ke-65.

Patik merafak sembah dan memohon doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala, mudah-mudahan  Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Tuanku dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat terus berada di atas tahta singgahsana memimpin rakyat Negara Brunei Darussalam.

Dirgahayu Tuanku

Wakala Jentayu Emas, Wakala Pusat IMN Malaysia

No comments:

Post a Comment