Sunday, May 1, 2011

Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah













ALOR SETAR, 30 April – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata orang Melayu mesti bersatu di bawah Barisan Nasional (BN) yang didominasi Umno kerana perpecahan mereka kepada tiga parti telah melemahkan kaum itu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, pilihan raya umum ke-13 yang dijangka dalam waktu terdekat adalah ujian penting bagi orang Melayu.
“Jika kita terbawa-bawa dengan cerita dewa-dewi, maka kita akan menolak BN dan mengundi pembangkang,” kata beliau.
“Pada masa ini, saya mendapati laungan Hidup Melayu tidak mendapat sokongan besar. Orang Melayu kelihatan takut untuk menyebut ‘Melayu’ dalam bumi mereka sendiri,” kata beliau pada majlis yang diadakan di negeri kelahirannya.



“Apabila kita kata ‘Melayu’, kita akan dipanggil sebagai rasis,” kata Dr Mahathir pada Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah.
Perdana menteri paling lama berkhidmat ini berkata, pada masa-masa lalu orang Melayu hanya setia kepada raja masing-masing dan dengan mudah dikuasai oleh negara lain seperti China dan Siam.
Penaung Perkasa ini berkata, Umno telah menyatukan orang Melayu dan memperoleh kemerdekaan daripada British.
Bagaimanapun katanya, kemunculan PAS telah memecahkan orang Melayu kepada dua dan mengakibatkan mereka bertelagah sesama sendiri.
Bekas presiden Umno ini berkata, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan PKR selepas dipecat dari Umno, langkah itu memecahkan orang Melayu kepada tiga.
“Beliau tidak kisah mengenai perpaduan Melayu, beliau hanya mahu jadi perdana menteri,” katanya.
Kemudian Dr Mahathir memberitahu pemberita bahawa adalah baik jika PAS mahu menyertai BN, tetapi “semasa mereka menyertai sebelum ini mereka menyebabkan masalah.”
“Kalau mereka ikhlas, OK,” katanya.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali juga menambah, pihaknya menyokong langkah Datuk Seri Najib itu tetapi beliau tidak fikir ia akan menjadi realiti.
“Ini kerana PAS tidak fikir mengenai perpaduan Melayu tetapi hanya mahu mengambil kuasa dan Putrajaya,” katanya lagi.
Ini merujuk kepada saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya PAS keluar Pakatan Rakyat jikapun memutuskan untuk tidak menyertai BN Di Kuala Terengganu .
Sementara itu Presiden Perkasa Dato Ibrahim Ali melahirkan rasa bersyukur dan gembira kerana kejayaan Himpunan Melayu Perkasa Kedah yang berjaya mengumpul orang melayu terutamanya dari Kedah untuk kembali bersatu, Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YDP Perkasa Kedah Tuan Syed Osman Syed Mansur dan seluruh jawatan kuasa kerja yang telah sama sama menjayakan aktiviti tersebut.
Walaupun beliau tidak dapat berucap panjang kerana memberi laluan kepada Tun Dr Mahathir, beliau tetap berpuas hati kerana matlamat perhimpunan ini berjaya menghimpunkan rakyat Kedah untuk mendengar amat Tun Dr Mahathir.

No comments:

Post a Comment